skip to main | skip to sidebar

Pidot Tutorials...

Tutorials bekenaan Blog dan Citer Kosong..=_=!

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Friday, August 27, 2010

Buka Yahoo tanpa Perlu Install Apa-Apa Software


Pada kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda yang selalu menggunakan IM (Instant Messaging) seperti Yahoo Messenger. Biasanya, anda hanya perlu install software YM pada PC anda kan. Tapi, bagaimana pula jika anda menggunakan komputer di pejabat, ataupun Cyber Cafe? Kadang-kadang tempat seperti ini tidak dipasang dengan software tersebut.
Kalau anda nak buka YM tanpa install apa-apa software ke dalam PC, pergi ke laman web ebuddy!
. Laman web ini membolehkan anda membuka YM anda terus dari web browser. Hanya masukkan ID dan Password bagi akaun Yahoo anda, kemudian klik pada butang Sign In.

Selain dari Yahoo Messenger, eBuddy juga turut membolehkan anda log in pada MSN, AIM, Google Talk, dan MySpace. Anda juga boleh dapatkan ID bagi eBuddy anda sendiri dengan mendaftar di laman web tersebut.

Alternatif lain,anda juga boleh memasuki laman web meebo

Posted by Pidot Firdaus at Friday, August 27, 2010 0 comments
Labels: tutorial

Sunday, August 15, 2010

Membuat Yahoo Messenger Multiple Online...

Kita bisa membuat multiple online dengan Yahoo Messenger, ertinya kita bisa login di Yahoo Messenger dengan ID kita yang lain secara bersamaan.Langkah - langkah :

1. Tutup Yahoo Messenger kalo kamu sedang online
2. Klik Start Menu –> Run –> regedit
3. Cari node HKEY_CURRENT_ USER –> Software –>Yahoo –> Pager –> Test
4. Klik kanan di bagian kanan halaman dan pilih New –> Dword Value
5. Beri nama value tersebut menjadi Plural
6. Double klik dan beri value data 1, untuk Base, pilih Decimal

Sekarang buka Yahoo Messenger, login menggunakan ID yang biasa di kamu gunakan.
Terus cuba buka lagi aplikasi Yahoo Messenger dan login dengan ID berbeza.
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, August 15, 2010 0 comments
Labels: tutorial

Toksah taip "http://www" dan ".com" lagi...

Bukankah ia satu pembaziran apabila anda terpaksa memasukkan “http://”, “www”, dan “.com” setiap kali menaip alamat dalam Internet Explorer? Pembaziran la, membazir tenaga.

Sebenarnya ada satu cara mudah untuk menyertakan “http://”, “www”, dan “.com” secara automatik. Sebagai contoh, taip “google” pada Internet Explorer dan tekan Ctrl+Enter dan IE akan membawa anda kepada “http://www.google.com”
Selain .com, terdapat beberapa cara pintas yang lain:

Ctrl+Enter: Untuk alamat .com
Shift+Enter: Untuk alamat .net
Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org

Butang Alt boleh disertakan dengan mana-mana kekunci pintas di atas bagi membuka lman web pada tab yang baru.

sekian...
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, August 15, 2010 1 comments

Ingin membuat Icon Blog sendiri?

Korang ingin membuat icon sendiri,tetapi tak reti? Tak apa ada satu web yg boleh membantu anda...


Online Logo Maker boleh membantu anda membuat icon...Hanya gunakan kretiviti sendiri untuk menngunakan icon dan style font yang sesuai.Online Logo Maker adalah sebuah site yang menyediakan perkhidmatan untuk membina dan merekabentuk logo secara percuma. Kelebihan yang terdapat pada site ini ialah, tools yang di sediakan sangat mudah untuk di gunakan dan anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran.

Ayuh..kita terbang ke sana----------> Online Logo Maker
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, August 15, 2010 0 comments
Labels: logo

Saturday, August 14, 2010

Apa itu backlink

Backlink adalah link web atau blog yang disimpan di website orang lain.Backlink adalah bende yang paling penting kapada Google iaitu sebagai mesin pencari terbesar di dunia. Jumlah backlink merupakan salah satu senjata utama kepada pemilik web atau blog kerana manfaat yang akan di perolehi apabila memiliki backlink yang banyak dapat menetapkan web atau blog berada pada 20 link web atau blog yang terbaik semasa search engine di lakukan.Semakin banyak web atau blog dibuka pengunjung di dalam search engine google semakin cepat web atau blog tersebut mendapat peningkatan pada pagerank.Backlink juga dapat di lakukan dengan cara berkongsi link antara satu sama lain di dalam dunia web atau blog sebagai contoh perkongsian dengan cara "exchange Link".Dengan cara ini proses backlink akan berlaku dengan cepat dan ini akan memudahkan link web atau blog di kesan dalam proses search engin apabila di lakukan.

Berapa banyakkah backlink yang ada pada web atau blog anda?Jika ingintahu,
korang boleh semak pada ruangan yang berada di bawah.Masukkan link web atau blog korang dab klik pada button check!



Your domain:


(eg. iwebtool.com)

Post ini saya ambil dari Budak Nakal untuk dikongsi bersama...bkan cetak rompak tau...
- http://kozumiro.blogspot.com/2010/07/tutorial-cara-menyemak-bilangan.html
Posted by Pidot Firdaus at Saturday, August 14, 2010 1 comments
Labels: backlink

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....2010


Assalammualaikum....kepada semua Muslimin yg berpuasa pada hari ini...korang puasa tak hari ini? ha..?? jangan tak puasa lak..kang ditangkap Jabatan Agama Islam(JAIS) baru tau..tak pasal2 kena ronda2 naik van jenazah..kt sini saya ada sesuatu nak kongsi dengan korang..iaitu Adab Berpuasa dan Solat Terawih...

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai . Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei).



Posted by Pidot Firdaus at Wednesday, August 11, 2010 0 comments
Labels: ramadhan puasa

Tuesday, August 3, 2010

" Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !


http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png




Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest "Contest Saya Mahu Template Comel!" di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini: -





http://kozumiro.blogspot.com/2010/08/contest-saya-mahu-template-comel.html


Posted by Pidot Firdaus at Tuesday, August 03, 2010 0 comments

Sunday, August 1, 2010

Sape nk award?? "AWARD CONTEST"

Cool Blog Award

15924043

Sape nak award kt ats nih? Kalu nak jwb soalan kt bwh nih tau....

1. APA YANG MEMBUATKAN BLOG ANDA MENJADI ISTIMEWA?
=

2. APAKAH HOBI ANDA?
=

3.BEST TAK BLOG SYA?
SEBAB?
=
4.Slogan...
Saya minat akan award ini kerana....
(Tidak melebihi 25 patah perkataan)
=

JWB KT COMMENTS TAU....
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, August 01, 2010 0 comments
Labels: award blog slogan

Thursday, July 22, 2010

Demam,batuk n selsema??

Masuk ri ni dh tiga ari aq g skolah...aq check suhu 39.3 c bai....dmam..batuk...selsema smpai meleleh hngus hngga ke lutut...aq d'dalam dilema kerna aq dh trlpas prlajaran selama tiga ari...huh?! susah nk cover blik...so selama tiga ari ni duk lpak wat kerja skolah ngan folio geo...hah?! pastu pgi tdi aq g klinik bwh umah tu "Klinik Dr.Shamsudin"...doktor suspect aq ke denggi..dlam hati aq brkata "ui sramnya.."...dah tu doktor ambik drah aq lak..mak ai..pdih siot...sakit bkan kpalang...tpi d'sbabkan aq nih anak jantan..dngan slambanya aq tahan...pastu doktor kte dia nk bwak drah aq tu kt Hospital Sg.Buluh...nak cek katanya....slang beberapa jam....doktor tu telefon...dia kte xde denggi cma ada jngkitan kuman skit...x bahaya ktenya...makan ubat yg dia ksi tu Insyaallah...shatlah...sekian...
Posted by Pidot Firdaus at Thursday, July 22, 2010 0 comments
Labels: demam batuk selsema

Tuesday, July 20, 2010

Warna-Warni Remaja...

Sebagai komuniti yang sering menjadi mangsa ´keadaan sekeliling´, para remaja tidak dapat tidak, terdedah kepada anasir negatif yang sering pula cuba merosakkan minda, gaya hidup, budaya, tingkah laku dan corak pergaulan mereka. Maka remaja perlu mengambil langkah mengenali segala bentuk dan corak yang cuba digunakan oleh pihak tertentu untuk meracuni cara hidup mereka. Dengan cara ini remaja dapat memastikan diri mereka mampu keluar dari bentuk dan corak hidup yang silap di dalam meniti perjalanan hidup yang silap di dalam meniti perjalanan hidup mereka sebagai seorang remaja.

Berikut merupakan bentuk dan corak budaya negarif yang cuba dibina kepada remaja.

a) Materialisme

Sikap dan sifat yang mementingkan kebendaan, cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka penuhi dengan nilai kebendaan semata-mata. Hingga ia melahirkan falsafah, guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalakan kepada genarasi akan datang. Ini kerana segala apa yang kita miliki perlu kita habiskan hari ini juga. Ini juga menyebabkan lahirnya gaya hidup berbelanja segala pendapatan yang diperolehi, tanpa perlu memikirkan keadaan akan datang. Konsep berbelanja denga sederhana serta, menjadi pengguna yang bertanggungjawab tidak wujud di dalam nilai kehidupan materialisme.

b) Hedonistik

Budaya hedonistik merupakan budaya berhibur dan bergembira. Dan bersuka-suka serta menjalani kehidupan yang sebebasnya demi memenuhi nafsu manusia yang tiada batasnya. Ini terangkum dalam peribahasa Barat yang menyatakan “bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati”. Budaya hedonistik di kalangan remaja kian mudah dilihat dewasa ini.

Contohnya, hiburan yang dipilih remaja hari ini, sering melangkah batasan norma sosial masyarakat timur. Misalnya, lirik-lirik lagu yang sering didengar oleh remaja kini hanya berkisar kepada persoalan cinta, seks, dan kebebasan tanpa batasan. Secara langsung ia membina norma negatif kehidupan remaja seperti menidakkan batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, berhibur hingga melanggar batasan budaya dan sebagainya.

c) Individualistik

Gaya hidup yang mementingkan diri mula menjalar di dalam perasaan, sanubari dan perlakuan remaja hari ini. Remaja hari ini dimomokkan dengan tema kehidupan menafikan keperluan untuk berkongsi kegembiraan, kehidupan, tenaga, ilmu dan kesihatan bersama orang lain. Mereka berpendapat mereka bebas untuk mencemarkan alam sekitar, kerana itu hak mereka. Mereka bebas untuk bersikap tidak sopan seperti pergaulan bebas kerana itu juga hak mereka. Dalam masa yang sama remaja kini tidak lagi mempunyai sikap untuk membantu orang yang lebih tua, membantu ayah ibu, menyelesaikan masalah sahabat dan semangat gotong-royong. Segala nilai murni dalam kehidupan remaja telah dipenuhi dengan gaya penting diri dalam kehidupan moden ini.

d) Westernisasi (pembaratan)

Arus westernisasi mula mengocak dan cuba meruntuhkan segala budaya murni yang dimiliki oleh masyarakat Timur. Arus ini cuba meruntuhkan keyakinan remaja terhadap budaya, bahasa, kepercayaan, gaya dan nilai hidup remaja. Ini jelas dapat dilihat daripada corak pemakaian remaja yang lebih selesa memakai tali leher, berbaju kemeja, berseluar jeans, berseluar pendek, berbaju ketat dan memakai anting-anting bagi lelaki. Mereka sudah tidak yakin untuk memakai baju kebangsaan milik mereka untuk majlis rasmi, malahan dalam kehidupan harian, mereka juga cuba mengelakkan pakaian yang melambangkan mereka. Dalam soalan pemakanan mereka lebih bangga memakan makanan barat seperti KFC, McDonald´s, Pizza Hut sebagai makanan yang melambangkan status mereka. Jika kita menoleh persoalan bahasa pula, remaja hari ini lebih selesa berbual dengan bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa kebangsaan. Sewajarnya remaja harus menyedari segala proses westernisasi ini merupakan proses yang dirangka oleh barat, demi untuk menjajah setiap ruang kehidupan remaja dewasa ini.

e) Nasionalisme Sempit

Kita saban hari telah diracun oleh semangat perkauman dan cinta kepada bangsa dan negara yang terlalu sempit. Semangat ini disuntik dan ditanam semenjak kita kecil lagi untuk taksub kepada bangsa sendiri dan negara sendiri. Ini menyebabkan kita melebih-kelebihkan bangsa sendiri dan dalam masa yang sama menafikan yang setiap manusia yang diciptakan Allah sama tanpa ada bezanya. Yang membezakan kedudukan sesama manusia hanya iman dan takwa. Kita diberi kefahaman salah iaitu segala yang dilakukan sewajarnya diniatkan untuk bangsa ataupun negara semata-mata. Perkara ini menyebabkan kita tidak mengambil peduli segala kemiskinan, penindasan, penjajahan, ketidak adilan, pengeksploitasian, dan pembunuhan manusia sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa. Ini kerana segala kecintaan kita dicurahkan kepada batasan bangsa dan sempadan negara sehingga menafikan perasaan perikemanusian, keadilan dan keamanan yang melangkaui batasan bangsa dan sempada negara.

CIRI–CIRI REMAJA YANG BERBUDAYA MURNI

Kita mengimpikan remaja yang mempunyai kekuatan untuk menonjolkan gaya hidup murni dan menolak segala anasir negatif, serta bentuk penjajahan yang cuba merosakkan system hidup remaja dewasa ini. Remaja menentukan perjalanan kehidupan mereka bagi tujuan memastikan sama ada mereka menjadi remaja yang terbilang antara mereka yang gemilang. Perkara ini hanya mungkin berlaku dengan pembinan nilai baru dalam kehidupan ramaja.

a) Keyakinan pada Budaya

Remaja hari ini perlu mempunyai kepada budaya dan cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Remaja perlu menolak gaya dan perjalanan hidup yang cuba menjajah corak kehidupan mereka. Remaja sewajarnya lebih berbangga memakan kuih-kuih tradisi, lauk pauk negeri, dan pelbagai makanan milik nenek moyang kita. Daripada makan makanan yang dibawah untuk menjajah lidah dan citarasa remaja KFC, McDonald´s, Pizza Hut dan pelbagai lagi. Dalam soalan pemakaian harian, remaja perlu berani menolak bentuk pakaian yang tidak berteraskan budaya kita seperti jeans, tali leher, skirt dan pelbagai lagi. Sebaliknya remaja perlu berani untuk memakaian pakaian yang menggambarkan identiti kebangsaan yang lebih menarik, sopan dan berakhlak.

b) Keberanian

Keberanian jiwa remaja untuk menolak kehidupan yang bertereskan kehidupan mementingkan diri, materialisme, individualistik dalam kehidupan merupakan satu langkah awal yang penting. Remaja perlu berani mencabar gaya hidup moden yang sering merosakkan minda, fizikal dam budaya hidup. Walaupun anda mungkin akan dianggap oleh rakan-rakan sebagai orang yang anti-sosial, kolot, dan menolak cara hidup moden. Tetapi keberanian jiwa remaja untuk menolak segala segi unsur yang sedemikian merupakan, satu contoh untuk gaya kehidupan yang murni dan lebih sempurna sebenarnya.

c) Berilmu

Keilmuan merupakan teras dalam pembangunan jati diri seorang remaja. Namun keilmuan perlulah dimanifestasikan dengan pengalaman. Aktiviti membaca dalam kehidupan seorang remaja perlu menjadi amalan setiap detik kehidupan. Keilmuan juga bukan merujuk kepada alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kerana alam persekolahan hanya memerlukan setiap remaja menghafal maklumat dengan tujuan untuk menjawab peperiksaan. Ini bukanlah konsep keilmuan yang perlu ada dalam kehidupan remaja. Sebaliknya, keilmuan tersebut merangkumi pembalajaran yang berteraskan keinginan memperolehi ilmu melalui keinginan sendiri yang bertujuan membina peribadi dan membantu sahabat dan masyarakat yang memerlukan.

d) Disiplin

Disiplin merupakan asas yang terpenting buat seorang remaja. Disiplin yang utuh dan kukuh menjadi kekuatan menggerakan pembanggunan diri dan menampilkan budaya hidup yang murni. Disiplin sewajarnya dihayati dan diamalkan di dalam setiap aspek dan dimensi kehidupan seorang remaja. Disiplin ini secara mudahnya bolehlah dinyatakan merangkumi persoalan membaca, disiplin ibadah, disiplin pengurusan diri dan disiplin menguruskan masa harian. Dengan kekuatan disiplin sahaja remaja mampu untuk memartabatkan budaya murni mereka.

e) Manifestasi Peribadi

Remaja perlu menonjolkan corak kehidupan yang baik, menarik dan murni. Konsep kesederhanaan perlu ada dalam kehidupan seorang remaja. Keperluan untuk menolak gaya hidup mewah, membazir, dan tidak berjimat adalah sesuatu yang wajar. Dalam masa yang sama sikap suka menolong orang tanpa mengira bangsa, agama dan negara perlulah menjadi amalan kehidupan remaja. Dengan mengambil Rasulullah s.a.w sebagai model kehidupan yang murni adalah sesuatu yang perlu.

Kita dapat menilai bagaimana ketinggian akhlak, budi pekerti dan segala unsur kebaikan dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Dalam masa yang sama segala gaya hidup yang menggambarkan pembaziran, sombong, hidup mewah, dan pelbagai unsur lagi, tidak wujud di dalam kamus hidup Baginda Rasulullah s.a.w.
Posted by Pidot Firdaus at Tuesday, July 20, 2010 0 comments
Labels: remaja budaya positif negatif

Friday, June 18, 2010

Korang ada laptop?

Hanya laptop sja boleh gna software nih ... Window XP je tau .. yg len tak bole ..
Baca kat bawah nih ... aq dah translate ...

Jika anda pernah cuba menggunakan Windows XP built-in pengurus sambungan, anda tahu apa kerumitan itu dapat dengan cepat menyemak mel anda atau browsing web di mana sahaja.anda perlu menelusuri senarai pusat akses, termasuk satu yang boleh anda hubungi, manual cuba menyambung kepada , mengesahkan sambungan dan kemudian menunggu.

Easy WiFi Radar mengotomatiskan semua ini. Ini tujuan utama adalah untuk membolehkan anda mendapat surat anda atau surfing web tanpa harus melalui semua kesulitan Sambungan, dan tanpa harus menarik CreditCard anda.

WiFi-alat yang ideal untuk pelancong sering dan profesional mobile, Easy WiFi Radar akan melakukan koneksi ke hotspot terbuka secara automatik dan menunjukkan dengan tepat apa yang dilakukannya pada paparan radar sejuk animasi. Pusat akses yang diwakili sebagai hijau, kuning atau merah titik. Memainkan suara dan membuka pelayar web anda sebagai soons kerana berjaya mencari. Sambungan percuma.
Percuma .... mau? DOWNLOAD sni -> Easy WiFi Radar .
Posted by Pidot Firdaus at Friday, June 18, 2010 0 comments
Labels: easy wifi radar

Ada tak?

Korang ada myspace tak? kalau ada add aq, ni email--> akuw_zombie@yahoo.com add tau...
Kat situ korang tngok gambaq aq kalau nak la...
Posted by Pidot Firdaus at Friday, June 18, 2010 0 comments
Labels: myspace

Emmh...mau template yg cntik?

Tak yah ssah cri mrata2 tmpat...korang pergi sja ini tempat-->http://btemplates.com/ test cri kat sni tau..macam2 template ada...
Posted by Pidot Firdaus at Friday, June 18, 2010 0 comments
Labels: btemplates logo macam2 ada

Habis la aku...

Folio sejarah tak siap g...nak wat pe nih...mnggu dpan kena anta dah....Hehhehehe had a good day at school...hah!!
SMK DAMANSARA DAMAI 1
Ilmu Penjana Kecermelangan
HUAHHAHAHAHAAAAHA......
Posted by Pidot Firdaus at Friday, June 18, 2010 0 comments

Tuesday, June 15, 2010

Top 10 Haiwan Terkuat Di Dunia....

Meet the top ten in most extreme strength.

10. Grizzly Bear

They are strongest mountain animal, can lift 0,8 times their body weight. Their weight is 1500 pounds and can lift until 1200 pounds.

9. Mussel

They can hold something two times their body weight. Their shell is very strong, compared to their small body size.

8. Anaconda

They can squeeze something same as their own body weight to death. Their weight can reach 550 pounds.

7. Ox

They can pull and carry something 1,5 times their body weight across rugged terrain. Their weight is 1300 pounds and can pull and carry until 2000 pounds.

6. Tiger

They can carry something two times their own body weight up a ten foot fence. Their weight is 600 pounds and can carry until 1200 pounds.

5. Eagle

They are the strongest bird. They can lift something four times their own body weight during flight.

4. Gorilla

They can lift something over 10 times their body weight. Their weight is 450 pounds and can lift up to 4600 pounds. Mean, they can lift as heavy as 30 adult humans.

3. Leafcutter Ant

They can lift something 50 times their own body weight. Imagine a person who can lift a truck.

2. Elephant

They are the strongest mammals. Their weight is 12000 pounds and they can carry 20.000 pounds. They can carry as heavy as 130 adult humans.

1. Rhinoceros Beetle

They are not only the strongest insect but also the strongest animal compared to body weight. They can lift something 850 times their own weight.

Posted by Pidot Firdaus at Tuesday, June 15, 2010 0 comments
Labels: ox rhinocerus beetle tiger gorilla

Monday, June 14, 2010

Korang ada PET x??


kpada korang yg mnat membela makhluk yg dpanggil binatang peliharaan sperti kucing,anjing,labah2 dan laen2...
cba korang bela GECKO plak...

TAPI GECKO nih dkhaskan untuk orang2 yg de duit RM1000(UP)...
Bnatang nih leh campur2 warnanya...ikut ska hati kowang ah..nak cmpur2...cam ABC plak..nak jaga dia x ssah sngat bnatang ni agak pmbersih..buang najis satu tmpat je..x cam bnatang len...mrata-rata....snang citer ziarahlah laman web dia
-->www.thegeckoshop.com ....
Posted by Pidot Firdaus at Monday, June 14, 2010 0 comments
Labels: gecko abc campur warna

4shared






Kat sni kowang leh downloads macam2.....Lagu ade,video ade gambar ade...dan len2..lah...
aq slalu ambik lgu LINKIN PARK kat sni ahh...jadi..kowang test ahh msux...
TPI!!! Hti2 ngan VIRUS!!!!!!!!!!
www.4shared.com...
Posted by Pidot Firdaus at Monday, June 14, 2010 0 comments
Labels: 4shared virus linkin park

Aq Nak Msuk prtandingan nih TAPI!!!!






dianjur oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.....
emmhh..tajuk dia “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”....
aq ingat nak msuk a....Hadiah dia mmang lmayan bgi bdak skolah cam aq nih...
nak tau lbih lanjuuut....test lah msuk laman web ni-->http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=639 .......
Posted by Pidot Firdaus at Monday, June 14, 2010 0 comments
Labels: skmm hadiah remaja kreatif

Sunday, June 13, 2010

Hehehehh...Cba bca ni..

Emh...nak pe??

ok ahh....cba kowang lpak sni tmpat www.instructables.com...
Manyak best ooOOO...DIY....macam2 ade...
-Living-Outside-Play-Technology-Workshop
Yg ini tajuk bsar dia,stiap stu ade lgi dlam die..
Pape pon kowang test msuk a dlu..k..bye2..jmpa esok..
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, June 13, 2010 0 comments

Emh...Bosan lah..

Korang tau ark pe nak cuti panjang camni.cti mnggu lpas dh ku isikan dngan blik kampung,nih lgi smggu nak wat pa lak?? Nak kuar jln2...bosan ah...nak tngok TV...cter pe ade???

So aq cdang nk UPDATE BLOG nih jlah...
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, June 13, 2010 0 comments
Labels: CUTI

Sunday, June 6, 2010

Meh lah kenal2 dulu..

Nak tau nama aq tak???aq xdngar pun...kuat skit....Hoh...bru aq dngar..k ahh..camni..nama aq Mohamad Firdaus. Umur..muda g..nak tau kira sndiri..tarikh aq lahir 12.12.1996..emm..tnggal kat Damansara Damai,PJ,Selangor le...tpi lahir kt Taiping,Perak..aq wat blog nih smbang2,kongsi2 pngalaman ngan pngetahuan le...ke kalo de pape nak tnye atau nak kongsi pape tulis kat Sembang2..nak ckp aq xdngar..K..ahh bye2..jumpa lagi tau..SALAM PERKENALAN..
Posted by Pidot Firdaus at Sunday, June 06, 2010 0 comments
Newer Posts » Home
Subscribe to: Comments (Atom)
Free Auto Backlink

Search

Pages

  • Home
  • W.A.H.F.M.
  • $ Kedai Mini Pidot $

Labels

tutorial 4shared virus linkin park CUTI award blog slogan backlink btemplates logo macam2 ada demam batuk selsema easy wifi radar gecko abc campur warna logo lomography tutorial myspace ox rhinocerus beetle tiger gorilla ramadhan puasa remaja budaya positif negatif skmm hadiah remaja kreatif

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  02/06 - 02/13 (1)
  • ▼  2010 (21)
    • ▼  08/22 - 08/29 (1)
      • Buka Yahoo tanpa Perlu Install Apa-Apa Software
    • ►  08/15 - 08/22 (3)
      • Membuat Yahoo Messenger Multiple Online...
      • Toksah taip "http://www" dan ".com" lagi...
      • Ingin membuat Icon Blog sendiri?
    • ►  08/08 - 08/15 (2)
      • Apa itu backlink
      • Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....2010
    • ►  08/01 - 08/08 (2)
      • " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !
      • Sape nk award?? "AWARD CONTEST"
    • ►  07/18 - 07/25 (2)
      • Demam,batuk n selsema??
      • Warna-Warni Remaja...
    • ►  06/13 - 06/20 (10)
      • Korang ada laptop?
      • Ada tak?
      • Emmh...mau template yg cntik?
      • Habis la aku...
      • Top 10 Haiwan Terkuat Di Dunia....
      • Korang ada PET x??
      • 4shared
      • Aq Nak Msuk prtandingan nih TAPI!!!!
      • Hehehehh...Cba bca ni..
      • Emh...Bosan lah..
    • ►  06/06 - 06/13 (1)
      • Meh lah kenal2 dulu..

About Me

My photo
Pidot Firdaus
Salam semua!
View my complete profile

Facebook Badge

Pidot Firdaus Farizan

Create Your Badge

ShoutMix chat widget
[close]
Hi! Semua Selamat Datng ke BLOG Pidot yg kuno ni yaw!

Counter

Blog nih best atau tdak??JUJUR!!

Trafik

Kawan-Kawanku...

T0uCh n g0!

widgeo.net

Translate ^_^



p!d0T f!rd4u5 h3x4Cr3w. Powered by Blogger.
 
Copyright © Pidot Tutorials.... All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo